Asslamualaikum :)
harini saja nk kongsi2... for your information.. i'm currently busy with searching for a place to my internships.. so.. sempena dgn itu, hehe i wanted to share with all of you who is interested with this post :) so... harap tips2 dibawah ni.. boleh membantu :)
Berikut adalah sedikit panduan yang boleh digunakan oleh pelajar yang ingin menjalani latihan industri:
Berikut adalah sedikit panduan yang boleh digunakan oleh pelajar yang ingin menjalani latihan industri:
1). Pastikan anda bertindak lebih awal untuk mencari tempat yang sesuai
untuk menjalankan latihan industri supaya persaingan anda dengan pelajar
lain dapat dikurangkan.
2). Bertanya kepada pensyarah dan pelajar terdahulu(senior) yang pernah
menjalani latihan industri. Minta pendapat dan tunjuk ajar bagaimana
memilih tempat praktikal.
3). Senaraikan seberapa banyak syarikat atau agensi kerajaan yang bersesuaian dengan kursus yang anda ambil.
4). Tanya kepada setiap syarikat yang anda senaraikan tadi samada pihak
mereka masih boleh menerima pelajar yang ingin menjalani latihan
industri atau tidak. Sekiranya syarikat tersebut boleh menerima pelajar
untuk menjalani latihan industri dan masih ada kekosongan segera hantar
resume serta surat sokongan dari pihak universiti kepada pegawai sumber
manusia (human resourses) syarikat tersebut.
5). Sentiasa follow up segala info atau jawapan balas dari pihak syarikat yang anda memohon untuk latihan industri.
6). Pastikan anda sentiasa peka (alert) terhadap tarikh-tarikh
penting seperti tarikh tutup membalas jawapan terima atau tidak, tarikh
menhantar maklumat syarikat dan sebagainya.
7). Jangan terlalu memilih tempat praktikal. Apa yang penting ialah pengalaman dan bukannya elaun yang tinggi.