Saturday, June 18, 2011

Charlie!.. ok.. nama binatang yg aq baru thu..

hurm nmpk mcm semut je kan.. kecik.. tapi sgt lah merbahaya... ade yg leh bawak maut.. yg aq thu.. bnd nie ade kat penang..tapi xthu lah klw bnd nie wujud kat tmpat laen ke x.. jom lah kta baca sikit info pasal makhluk Tuhan nie.. untuk kebaikan kita.. untuk lebih berwaspada..

Nama Am: Kumbang Rove
Nama Spesis: Paederus fuscipes
Nama tempatan: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie (Huih..banyak nama glemer kau rupenye!)




Kesan kepada manusia:

Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin'(C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya(Wooooo!!!!) 


Persentuhan semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang(huihhh..memang dia target orang Penang je ke??? Uwaaaa nak pindahhhh!!!).  



Nasihat kepada yang dijangkiti:

Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan. 

jangan sangka badan kecik tu lemah lah sifatnya..

7 comments:

  1. aku berminat nak komen.
    memang sangat la bahaya natang nih, pedihhh sangat ! tapi syuko aku ta penah kena, bukan dekat penang saja.. matrik perak aku pon adaaa,,, yg aku tawu pulak, natang nih biase ade kat area ladang-ladang kepala sawit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aq kne skali dah dow..nikmat nye sgt mnyakitkan hati sbb kne g kuliah n kne dduk menyenget dalm kuliah..siot je skit dy..seyes..n it leave a big scar..trust me!.

      Delete
    2. hai ruffy.. ok aq dapat bygkan mcm mne.. HAHA

      Delete
  2. yekew.. doe.. hurmm ouhh.. habitat dye mmg kat kawsan2 mcm tue kowt.. aq cm pelik.. sebab xpnah thu.. nie dah dapat informasi bru lah thu kne berhati2.. huhu

    ReplyDelete
  3. memang sakit kena gigitan charlie nie.....rasa nak demam sakit semua badan,pedih & gatal....rasa luka gigitan panas.sy baru kena gigitan charlie nie...sakit yg teramat.siapa kena gigitan baru tau.

    ReplyDelete
  4. yg ruffy tu pehal gedik sgt?

    ReplyDelete
  5. hahahaha.. naseb bek aq xpenah kne ggt lagi.. minx2 dijauhkan..

    ReplyDelete